Wednesday 25 January 2012

Ketenangan Hati Melalui Zikrullah


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah... 
Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

(KARYA PAHROL MOHAMAD JUOI)

Umpama mimpi dalam mimpi..

Buat diri ini dan teman seperjuangan..,,

Sememangnya dunia ini adalah sautu persinggahan kerana itulah dunia disebut sebagai dunia yang fana, yakni yang bermaksud sementara. Memang menjadi lumrah sesebuah persinggahan, tiap keseronokkan yang kita kecapi di situ pasti akan berakhir...

begitu juga dengan tiap kesulitan yang kita terima, juga akan berakhir..

Sabda Nabi SAW yang bermaksud,
                          "Dunia adalah jambatan ke akhirat.."

Jadi, kita perlu melalui dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini. Siapa yang bertaqwa akan beroleh kemenangan di akhirat.. Namun, nasib kita di sana sudah tentu berbeza mengikut perjalanan kita masing-masing.. Wallahualam..

Pesanan buat penuntut ilmu..

PESANAN BUATMU..


...Junjunglah adab dan akhlak yang terpuji  dalam menuntut ilmu, kerana manfaat ilmu itu bergantung kepada sebesar mana adabmu terhadap ilmu dan guru..


Alpakanlah kerehatan dan kesenangan kerana ilmu itu perlu di raih dengan kesungguhan, ketekunan, keazaman dan keperitan..


Amalkan ilmu yang telah dipelajari kerana ilmu yang diamalkan lebih melekat di hati, menginsafi diri dan mendekatkati  Ilahi..


Muliakanlah dan dekati ilmu.. 
kerana ilmu adalah penyuluh jiwa dan seluruh alam semesta..


(KITAB ADAB DAN DOA PENUNTUT ILMU)

Sunday 15 January 2012

Selamat datang ke blog saya

Ahlan Wasahlan... assalamualaikum wtb..

Syukur  kahadrat Ilahi dengan semangat dan kekuatan masih lagi di beri nikmat kehidupan tanpa henti sehingga kini.. Sungguh, hati ini benar2 merasai kesyukuran itu , subhanaAllah.. Tapi kadang kala, kita di uji.. Sejauh mana si hamba kenal dan mencintai sang PenciptaNYA  YANG MAHA KUASA..

Seorang hamba yang yang dekat dengan penciptanya adalah ketika dia sedang sujud kerana ketika itu dia merasai kerdilnya diri di hadapan khalikNYA.. Semoga hati ini sentiasa terdidik dengan mengakui kebesaran ALLAH s.w.t